Kembali menulis...

Semalam separuh hari aku godeh blog aku ni. Dah bersarang dan bersemut. So touch up mana-mana yang patut. Dah banyak ketinggalan new features...so nak kena study balik. Thanks dorongan kengkawan yang sentiasa inginkan cerita dari aku. Well... kena start menceceh balik.


Harini ada audit dalaman 5S. Apa itu 5S? Setahun Sekali Sahaja Saya Susun...huhuhu.... itu adalah akronim dari orang orang yang malas menyusun mcm aku. 5S ialah aktiviti melibatkan sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal. Aktiviti sebenarnya amat bagus diamalkan kerana selaras dengan kehendak agama kita yang mementingkan kebersihan dalam semua aspek iaitu diri dan persekitaran. So.. kena hayati maksud yang terselindung disebalik konsep yang kononnya budaya Japanese. People said that. Tapi pada aku, orang Jepun ambik konsep orang Islam. Kita aje yang buat tak tahu *matilah aku kalau dtg Jepun.


Amacam? Kemas tak bilik aku sekarang...hehe...tapi tak boleh lawan bos...bilik dia lagi kusut masai sepah. Bos cakap, kalau kemas sangat mcm tak buat kija. Heheh..apa-apalah bos.
Ok..jap lagi aku nak buat audit ke jabatan lain. Bilik auditor musti kena bersih (waktu audit ajelah..)