FERTIGASI SUDAH MENAMPAKKAN HASIL

Salams semua....nah ini dia. Ladang fertigasi ku sudah mengeluarkan hasil pertamanya iaitu cili. Pokok cili ini ditanam berselang seli dengan sayur kailan. Alhamdulilah....kailan sudah habis terjual di pasaran....sekarang tunggu cili untuk dipasarkan dalam masa seminggu dua ni. Permintaan untuk kailan juga amat menggalakkan... la ni dah abis dipetik dah kailan akak gitew...




Inilah pokok kailan... baka dari Hong Kong, tidak pahit, daun lebar. Bila ditimbang...sepokok dapat 200g.... 5 pokok dapat 1kg. Nanti upload lagi gambar...tak pun jengah-jengahlah fotopages akak...kat situ banyak sket gambar. Kalau kat blog ni asiklah kena block dengan admin....