AL-FATIHAH ...Wak Joe

Salams semua, Ahad 13 Julai 2008 aku menerima berita yang amat amat meranjatkan aku dan suamiku kerana pakcik kesayangan aku Wak Joe pergi menyahut seruan Ilahi. Aku pernah menceritakan perihal Wak Joe di entry sebelum ini. Wak Joe meninggal dunia sebelum subuh hening kerana sesak nafas. Menurut dari cerita Wak Tonah (isteri kepada Wak Joe), Wak Joe mengadu sesak nafas pada jam 5.00 pagi. Wak Tonah menelefon Abang Misai dan hantar ke klinik kesihatan Kg Seri Menanti. Wak Joe masih boleh berjalan kaki masuk ke dalam klinik untuk menerima rawatan. Suddenly, dada sakit dan arwah dibaringkan di stretcher, diajar mengucap dan arwah meninggal dunia disitu juga.
Kali terakhir aku berjumpa dengan dia ialah seminggu yang lepas ketika aku sedang memetik tunas pokok melon aku. Arwah datang kerana ingin mengambil sekam padi "...buat tanam anak benih lada yang kau kasi hari tu...aku pun nak jadi petani moden macam kau..." Tersengih aku mendengarnya.... Itulah kali terakhir aku bersalam dan mencium tangan arwah...... aku terlalu menghormati dia kerana semangat dialah maka terhasilnya projek fertigasi aku ini. Kerana dorongan dialah... aku dan suami dapat menjadi petani moden. Sokongan dan dorongan dia tidak berbelah bagi...
Wak Joe pernah bercakap dengan suami ku... dia berbangga melihat suamiku berhijrah dari bandar ke kampung... dia berbangga melihat anak muda berminat dengan pertanian... katanya ...siapa kata duduk kampung tak boleh hidup...siapa kata duduk kampung tak boleh kaya... Wak Joe... bicara mu sungguh menaikkan semangat anak mu ini... Semoga roh Wak Joe ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al Fatihah

No comments: