SEPAGI BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA




Semalam detik manis untuk warga UMP kerana menerima kunjungan dari Angkawasan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau tiba di Dewan Kuliah Utama pada jam 10.00 pagi. Wah hebat sungguh aura anak muda bergelar Angkasawan Negara ini. Jangan kata anak dara...mak dara pun terover excited bila berhadapan dengan beliau. Dengan bertemakan Meneroka Angkasa Minda, Dr SMS a.k.a Dr Sheikh Muszaphar Shukor bercerita untuk entah kali yang keberapa pengalaman berada di angkasa selama 12 hari.



Paling menarik topik yang diceritakan ialah tentang betapa ketatnya syarat-syarat untuk dipilih sebagai angkasawan (astronout). Kalau kita dengar cerita beliau...beliau boleh dikategorikan sebagai hampir 100% perfect sifatnya. Sungguh besar ciptaan Allah... seramai 11,425 calon yang menghantar permohonan menjadi angkasawan...beliau yang terpilih. Antara syaratnya : gigi enggak bisa bertampal... rasa aku dengan syarat pertama aje..separuh pencalonan dah tergugur kot...huhu. Lain-lain syarat... tiada bekas pembedahan...tidak merokok. So you allz yang perokok tegar tu... lupakanlah hasrat nak mohon sebagai angkasawan negara. Karang takde masa nak smoke kat dalam Soyuz.



Well...apa-apa pun... Dr SMS ni..dah takde private living. Semua orang dok kejar dia..nak mintak tandatangan dia...nak bergambar dengan dia... nak g shoping pun dah susah...nak p tengok wayang pun susah... takkan nak kosongkan panggung wayang utk dia sorang tgk? Anyway... good luck Dr SMS ...