Hari Raya 2008

Salam Raya.... Harini hari pertama memulakan kerja selepas 2 minggu bercuti raya merangkap cuti rehat. Almaklum, cuti tahun masih banyak dan perlu diluakkan sedikit. Jika tidak, alamatnya baki cuti tahun ni yang dibawa ke hadapan makin bertambah banyak selepas ditambah dengan kelayakan cuti tahun 2009. Anyway, seronok rasanya dapat menghabiskan masa bercuti bersama suami yang tercinta. Thanks bos kerana memahami perkahwinan jarak jauh ku... hehe...


Hari terakhir cuti ku dihabiskan dengan holiday di Melaka, menginap di Hotel Seri Costa, Bandar Hilir Melaka. Tak lengkap rasanya tak pekena asam pedas jika bertandang ke Melaka ini. Sebelum bertolak ke Kuantan, aku dan suami menjamu selera dengan asam pedas dan ayam kampung goreng berempah di Restoran Selera Kampung.... perghh... boleh menangis kesedapan rasa asam pedas ini. Harganya....kena keluar belanja lebih sedikitlah kalau nak sedap banggg....


Tahun ni dapat boria dengan adik beradikku. Malam raya kami dah melaram di Mc D Puteri Wangsa...termasuklah Umairah ....anak saudara aku yang sorang ni.



Kami ni kalau dapat kamera, memang meriah dengan posing... hehe..setahun sekali bukan selalu. Semoga keceriaan ini berkekalan hingga ke akhir hendakknya. Ya Allah, berkatilah keluarga ku.. Aminnn...