KERJA AMAL MASIH ADA YANG SAYANG (M.A.Y.S)

Salam semua, semalam aku bertemu dengan rakan baru ahib0205. Rakan baru ini aku jumpa kerana beliau mencari barang keperluan yang boleh disalurkan kepada keluarga susah di area Pahang. So, apa lagi, aku pun mulakanlah kerja-kerja memunggah barang terpakai di rumah aku tu such as baju, seluar, beg, karpet, tupperware (actually bekas tahu panas or aiskrim pun kita panggil tupperware jugak kan...apa daa), kasut, pinggan, gelas. Uiks, banyak rupanya barang yang tidak digunakan di rumah ku.

Sembang-sembang dengan ahib0205, ternyata memberi aku insprirasi untuk melakukan kerja-kerja amal. Why not.... pagi ni sembang dengan rakan-rakan ofis, banyak rupanya yang memberi sokongan ..ada yang nak sponsor pengangkutan untuk punggahan, ada yang nak sumbang tenaga untuk kerja-kerja memunggah, ada yang nak sponsor masa mencari keluarga susah di kampung masing-masing. Isk... ramai rupanya nak nak beri sokongan.

Insya-allah, kalau tak kita yang tolong mereka, siapa lagi yang nak tolong kan? Takkan pelancong .... ? Kami akan merancang satu trip untuk meninjau kawasan keluarga susah. Moga kami pula tidak disusahkan dengan karenah birokrasi. Bloggers yang ada pengalaman menjalankan kerja-kerja charity, sila bagi pandangan & share pengalaman. May email to kakrozi@yahoo.com ..... Masih Ada Yang Sayang (M.A.Y.S)