MANA KORANG?

Tiba-tiba aku terkenangkan cikgu –cikgu dan kawan-kawan aku dari aku mula bersekolah …. Aku cuba flash back….

Cikgu-cikgu aku :

1. Cikgu Malek – Guru Besar aku. Dia yang cungkil bakat tarian aku. Masa tu dia ajak aku bersilat. Aku pun hantam ajelah bunga bunga silat (pengaruh tv kuat dah masa tuh). Dia terus agree aku masuk team tarian. First job aku...aku kena silat pulut masa hari terbuka sekolah...masa tu mana tahu malu beb...
2. Cikgu Ng – Guru kelas aku… dia duduk kat Singapore tapi mengajar kat Ulu Tiram...jauh tu ... Bawak kete Datsun. Dia ajar Bahasa Malaysia. Respek beb…cikgu Cina ajar aku Bahasa Malaysia.
3. Cikgu Valengish – Guru Bahasa Inggeris aku. Dia ni g keje sekali dengan Cikgu Ng. Suara dia kuat.....kalau marah budak...ayoyoyo...
4. Cikgu Michael – Guru Bahasa Inggeris kedua. Dia ni pun g keje sekali dengan Cikgu Ng. Dia ni pun garang....anak murid nak lalu depan dia pun takut... kalau dia tengok orang.....siap ketap ketap gigi... sekarang aku tahu...dia acah aje tuh
5. Cikgu Bala – Cikgu Bahasa Inggeris juga. Dahi dia selalu ada bedak putih...jalan suka bawak payung hitam. Dia g sekolah naik bas Alex Bus aje... (bas awam a.k.a bas tingting)
6. Cikgu Subakhir – Cikgu Pendidikan Islam aku...cikgu ni suka kentutkan orang...hahah..member aku selalu kena kentut dengan cikgu ni...ahaks.. cikgu ni dia tak berani kentutkan aku sebab dia jiran aku. Kalau dia kentut...aku report dengan bapak aku...hahah.
7. Cikgu Zahir – Cikgu muzik aku. Dia tak pernah ingat nama aku. Dia selalu panggil aku arab... tang mana yang arab tu tak tahulah aku.
8. Cikgu Jamal – Cikgu Alam & Manusia. Garang giler....dari dialah aku belajar perkataan Olimpiad. Huhu..
9. Cikgu Zainab – Cikgu tarian aku. Dari dialah aku pandai tarian zapin, tarian joget...dan macam macamlah lagilah...asal ada pertunjukkan aje...aku kena buat show...
10. Cikgu Kamisah – Cikgu Bahasa Malaysia Darjah 4 Orkid. Dia ni tak kawin sampai sekarang. Garang giler...tapi last berita aku dengar...dia ambik kursus ajar budak budak Orang Kurang Upaya ... aku confuse jugak... camne segarang-garang dia boleh sabar ajar OKU?
11. Cikgu Lim – Cikgu Matematik. Tinggi lampai cikgu ni....Dia kawin dengan tauke Pasaraya Loh. Kaya raya cikgu ni....hehehe.
12. Cikgu Azmi – Cikgu ni tak ajar aku...tapi aku selalu jumpa dia sebab suka tengok dia buat tulisan khat untuk ditulis pada sijil.


1983 – 1989 Darjah 1 – 6 Orkid, Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

1. Junaidah (June) – Dia ni Ketua Kelas aku. Kakak dia yang darjah 4 tu selalu paw duit aku. Hahaha….antara best friend aku masa darjah satu. Satu group tarian dengan aku…tapi aku selalu temper dengan dia sebab kalau menari selalu aku jadi lelaki..dia jadi perempuan…tak aci betul.
2. Jalisah (Jali) – Kali terakhir aku dengar berita dia….dia sakit sampai hilang ingatan. Kalau aku call dia...dia tanya aku sape...kalau aku tak call dia....dia kata aku sombong.. semoga member aku ni sihat seperti sediakala.
3. Siti Zulainies – Antara kawan aku yang cun dan menjadi kegilaan ramai. Mak dia orang singapore...selalu eksyen dengan aku dengan stationery dan klip rambut yang dia beli kat singapore...
4. Rohaizat (Ijat) – Ijat ni best friend Jali...apa-apa rahsia...dia cita dua orang aje...tak mau cita kat aku pun... tapi Ijat memang besh...
5. Edina – Dia ni anak pengurus ladang...lawa ..tapi gigi rongak. Kerek sikit dia ni sebab gi sekolah mak dia hantar-ambik...siap ada anak kucing dalam kete... yelah...aku g sekolah naik van sekolah aje...
6. Mohd Wafi – Dia ni best friend Edina... apa apa hal dia share rahsia berdua. Darjah satu dah bercinta...ahaks...kelakau betul.
7. Saiful – Dia ni paling pailang kat kelas aku... melompat sana...melompat sini... kerana dia...hidung aku bengkok kena kon kayu Pendidikan Jasmani (PJ)
8. Haslina – Dia ni penolong kelas aku ... Dia ni terror main getah zero thousand dengan zero point. Kalau kitaorang main getah tu... sure ambik dia masuk group kitorang...confirm menang.
9. Roshidah – Dia ni best friend dengan haslina. Gemuk sikit...selalu kena buli.
10. Budak miskin – Aku lupa nama dia sape...tapi dia ni budak miskin. Macamana aku tahu dia miskin? Sebab baju gaun sekolah yang dia pakai paling singkat paras kasut dan baju dia bertampal. Aku selalu bagi dia duit sebab dia takde duit nak makan. Satu hari kantol dengan bapak aku sebab aku minta bapak aku RM5 untuk beli pengorek (pengasah pensel). Bapak aku cakap ”Mana ada pengorek harga RM5? Kau bagi orang yer duit ni?”
11. Kavitha – Rambut dia panjang dan gigi dia jongang. Budak budak selalu tarik rambut Kavitha. Then dia pakai brachet untuk mengurangkan kejongangan gigi dia. Tapikan Kavitha...kau nampak lebih cantik masa gigi kau jongang dulu...betulll.....
12. Naga – Naga ni penakut na’uzubillah. Pergi bilik air pun nak berteman. Lepas tu selalu nangis. Aku pun tak paham...
13. Normala – Dia ni terencat sikit...anak askar Iban duduk kat Kem Pulada. Kat mana dia sekarang...
14. Shahrudin Tembol – Budak budak selalu buli dia sebab nama bapak dia unik sikit. Dia ni selalu pakai songkok...tak tinggal dengan songkok.
15. Rashid Jakariah – Budak ni pernah meluahkan isi hati dia kat aku...alamakk... tapi aku tak minat dengan dia ni.
16. Faizal – Dia ni bes friend Rashid.
17. Hamizan – Dia ni tomboi.... tapi masih nak pakai baju kurung. Gaya tomboi dia memang kelas.
18. Seri Latha – Aku selalu gaduh dengan dia sebab dia selalu tanya mana tuhan aku. Alamakkk...masa tu jawap pun berterabur... hehe...
19. Kamal Haire & Kamal Affendi – Kembar seiras ni...ntah mana satu Haire..mana satu Affendi pun aku tak tahu. Yang aku tahu bila aku panggil dorang datang.
20. Azmir – Konon konon couple dengan Siti Zulainies (No 3). Sebab sama cantik….sama padan.
21. Norliza – Dia ni badan besar sikit. Ikut baka emak dia... Dia tak banyak kawan...sebab dia ni kasar orangnya.
22. Wati– Dia ni pun kasar juga orangnya ajak bergaduh memang terror...tapi otak dia best. Gigi ada jongang sikit. Tapi kepala memang true...heheh...anak askarlah katakan.
23. Ramlah – Pendiam sikit dia ni. So tak berapa ingat sangat karektor dia.

2 comments:

june a.k.a ketua darjah said...

alo..geng! i'm still here..aku ngan ko mana bole dipisahkan..ko igt lg x pembaris pjg kaler kuning yg aku dok heret b4 korang masuk kelas. time tu & bapak ko selalu tunggu kat luar pagar sekolah ngan motor dia dok usha aku coz ko report psl aku kat dia...hahahaha..kelakau..
& 1 mende aku tau korang mmg bengkak gile ngan aku pasal aku suka tulis nama budak bising kat black board time cikgu xde..heheheh. ape kate ko list plak nama geng kt kat sek men atas bukit tu..especialy jalot..pergh..meriah time tu beb..ko r kepala gengster...hehehe..
p/s: beb ko igt lg x kt nyanyi kat perhimpunan pagi ngan suar pendek kaler kuning..gara2 xcited nak gotong royong sekolah rendah dulu..& 1 fact pasal din tembol tu ko lupa dia kan jual kerepek pedas 20 sen. sedap gile time tu. & 1 lg bukan ke siti zulainis tu kwn baik ko gak..hehehehe

Shahrudin Tembol said...

salam.. sorry.. aku cuba cari sapa pemilik blog ni.. aku masih blurr.. shahrudin