AMAL : Ingin Menyumbang Barang Terpakai?

Salam,

Saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan sekiranya tuan/puan mempunyai sumbangan barang terpakai untuk disumbangkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Sumbangan bolehlah berbentuk :-
  • Barangan elektrik (masih elok atau rosak)
  • Bahan Bacaan - buku ilmiah/agama, majalah, surat khabar
  • Pakaian yang masih elok (sekolah, kanak-kanak, orang dewasa, tudung, stokin)
  • Barang plastik/kaca (bekas aiskrim, bekas tauhu panas, cawan free beli colgate, pinggan free beli axion, dll)
  • Perabot terpakai (bersaiz kecil seperti kerusi, meja kopi)

Pihak Yayasan akan memproses barang-barang tersebut kepada wang tunai atau akan di agihkan terus kepada :-

  • Golongan Fakir Miskin
  • Golongan Ditimpa Bencana- Kebajikan Dan Dakwah
  • Golongan Mualaf

Bagi Penyumbang di Sekitar Kuantan

Barang-barang yang dikumpul akan diambil dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Isnin hingga Ahad : jam 10.00 pagi - 6 petang). Sila Private Message untuk temujanji ambilan barang.

Bagi Penyumbang dari Johor Bahru

Barang-barang yang dikumpul akan diambil oleh saya dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi - 6.00 petang)

Bagi Penyumbang Luar Pahang

Barang-barang tersebut bolehlah diposkan kepada saya. (Sila Private Message untuk dapatkan alamat tersebut)

Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.yayasanamalpahang.com.

2 comments:

Anonymous said...

nak order macam mana ye...

Anonymous said...

boleh ... iklan dan jual di http://terpakai.my