KERJA AMAL MASIH ADA YANG SAYANG (M.A.Y.S)

Salam semua, semalam aku bertemu dengan rakan baru ahib0205. Rakan baru ini aku jumpa kerana beliau mencari barang keperluan yang boleh disalurkan kepada keluarga susah di area Pahang. So, apa lagi, aku pun mulakanlah kerja-kerja memunggah barang terpakai di rumah aku tu such as baju, seluar, beg, karpet, tupperware (actually bekas tahu panas or aiskrim pun kita panggil tupperware jugak kan...apa daa), kasut, pinggan, gelas. Uiks, banyak rupanya barang yang tidak digunakan di rumah ku.

Sembang-sembang dengan ahib0205, ternyata memberi aku insprirasi untuk melakukan kerja-kerja amal. Why not.... pagi ni sembang dengan rakan-rakan ofis, banyak rupanya yang memberi sokongan ..ada yang nak sponsor pengangkutan untuk punggahan, ada yang nak sumbang tenaga untuk kerja-kerja memunggah, ada yang nak sponsor masa mencari keluarga susah di kampung masing-masing. Isk... ramai rupanya nak nak beri sokongan.

Insya-allah, kalau tak kita yang tolong mereka, siapa lagi yang nak tolong kan? Takkan pelancong .... ? Kami akan merancang satu trip untuk meninjau kawasan keluarga susah. Moga kami pula tidak disusahkan dengan karenah birokrasi. Bloggers yang ada pengalaman menjalankan kerja-kerja charity, sila bagi pandangan & share pengalaman. May email to kakrozi@yahoo.com ..... Masih Ada Yang Sayang (M.A.Y.S)

Hari Raya 2008

Salam Raya.... Harini hari pertama memulakan kerja selepas 2 minggu bercuti raya merangkap cuti rehat. Almaklum, cuti tahun masih banyak dan perlu diluakkan sedikit. Jika tidak, alamatnya baki cuti tahun ni yang dibawa ke hadapan makin bertambah banyak selepas ditambah dengan kelayakan cuti tahun 2009. Anyway, seronok rasanya dapat menghabiskan masa bercuti bersama suami yang tercinta. Thanks bos kerana memahami perkahwinan jarak jauh ku... hehe...


Hari terakhir cuti ku dihabiskan dengan holiday di Melaka, menginap di Hotel Seri Costa, Bandar Hilir Melaka. Tak lengkap rasanya tak pekena asam pedas jika bertandang ke Melaka ini. Sebelum bertolak ke Kuantan, aku dan suami menjamu selera dengan asam pedas dan ayam kampung goreng berempah di Restoran Selera Kampung.... perghh... boleh menangis kesedapan rasa asam pedas ini. Harganya....kena keluar belanja lebih sedikitlah kalau nak sedap banggg....


Tahun ni dapat boria dengan adik beradikku. Malam raya kami dah melaram di Mc D Puteri Wangsa...termasuklah Umairah ....anak saudara aku yang sorang ni.



Kami ni kalau dapat kamera, memang meriah dengan posing... hehe..setahun sekali bukan selalu. Semoga keceriaan ini berkekalan hingga ke akhir hendakknya. Ya Allah, berkatilah keluarga ku.. Aminnn...

Perkembangan Terkini Ladang Fertigasi Ku

Salam sejahtera. Minggu pertama puasa, rock melon baka sweetie sudah selamat dipetik dan dijual. Purata berat buah mencecah 1.5 kg. Tersangatlah manisnya sesuai dengan nama nya. Satu pokok mengeluarkan 2 biji. Sekilo ditolak sebanyak rm2.80/kg. Lepaslah duit minyak. Sekarang ni tengah digantikan dengan tanaman kacang buncis dan kacang panjang. Rock melon akan ditanam semula tahun depan, insya-allah. Lepas kacang buncis, projek lepas raya yang akan menyusul ialah tanaman timun. Alhamdulilah, kami dapat rakan kongsi yang akan bersama-sama memajukan tanaman timun. Dalam perancangan juga, untuk menambah seorang pekerja asing. Kepada bloggers, pendapat anda dialu-alukan untuk memberikan info tentang gaji dan insentif lain untuk saya jadikan guideline menggajikan pekerja dari seberang ini. Terima kasih dan doakan kejayaan kami....