FERTIGASI SUDAH MENAMPAKKAN HASIL

Salams semua....nah ini dia. Ladang fertigasi ku sudah mengeluarkan hasil pertamanya iaitu cili. Pokok cili ini ditanam berselang seli dengan sayur kailan. Alhamdulilah....kailan sudah habis terjual di pasaran....sekarang tunggu cili untuk dipasarkan dalam masa seminggu dua ni. Permintaan untuk kailan juga amat menggalakkan... la ni dah abis dipetik dah kailan akak gitew...




Inilah pokok kailan... baka dari Hong Kong, tidak pahit, daun lebar. Bila ditimbang...sepokok dapat 200g.... 5 pokok dapat 1kg. Nanti upload lagi gambar...tak pun jengah-jengahlah fotopages akak...kat situ banyak sket gambar. Kalau kat blog ni asiklah kena block dengan admin....

7 comments:

always alee said...

hello akak rozie

congratulations on your project fertigasi, saya pun dalam proses perancangan yang sama cuma projek saya di beranang selangor. saya harap kak rozie dapat terus berjaya dalam bidang ini dan berkongsi pengalaman dengan saya.

Inyaallah projek saya akan dimulakan pada bulan feb 2008

Anonymous said...

Boleh Cite sikit tak berapa kila boleh dapat untuk cili 1000 pokok dalam sebulan?

Anonymous said...

Kami telah mengambil inisiatif dan telah mewujudkan satu website yg berbentuk directory yg diberi nama e-NCER. e-NCER (e-Northern CYBER Economic Region) adalah salah satu inisiatif yang mana bertujuan untuk mengumpulkan database perusahaan ataupun bisnes yang berada di zon utara semenanjung malaysia..

e-NCER Directory adalah sebuah online directory dan ianya diaspirasikan daripada projek kerajaan iaitu NCER (Northern Corridor Economic Region), yang mana bertujuan untuk memajukan zon utara...
Oleh itu, matlamat e-NCER Directory ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah portal rujukan yang yang khusus kepada bisnes yang terdapat di sebelah utara.

sila hubungi:
apes
e_aglocos@yahoo.com

Anonymous said...

Cili bergantung kepada pasaran dan strategi. Akak ambil inisiatif untuk tanam cili waktu musim hujan @ tengkujuh. Selalunya harga cili pada waktu ini agak tinggi. Tolak dengan pasar dapatlah sekilo RM4.50-RM6.00 bergantung pada harga pasaran.

Untuk fertigasi akak ni, cili ditanam sebanyak 500 beg kerana berselang dengan kailan. Sekali petik untuk satu pokok boleh dpt 200g - 300g. Jadi 1 bangsal dpt 13 - 15kg. Darab ajelah dengan harga pasaran cili.

Cili dipetik seminggu sekali atau bergantung kepada permintaan. Kalau kailan, sebulan sekali petik. Harga sekilo kailan di pasaran RM2 - RM4. Sekali petik kailan dapatlah 150 kg - 200 kg.

Anonymous said...

always alee >> macamana projek fertigasi awak? apa perkembangan?

Anonymous said...

akak,.. mintak tolong... tolong beri saya cara macammana akak bleh buat tanaman fertigasi ini.. Dengan siapa akak contact dan berapa belanja... Saya sangat-sangat nak buat projek nie. Fertigasi...
syam_mielah@yahoo.com
Nama saya: Syamsul Arifin

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tak terfikir pulak saya nak tanam kailan dicelah pokok cili.

1 polibeg 1 pokok kailan ke kak?