Salam,
Saya ingin memajak tanah seluas 5 ekar untuk projek ternakan disekitar Kuantan, Lepar atau Maran. Sila email lanjut saifulhaire@yahoo.com.
Terima kasih
AMAL : Ingin Menyumbang Barang Terpakai?
Salam,
Saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan sekiranya tuan/puan mempunyai sumbangan barang terpakai untuk disumbangkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Sumbangan bolehlah berbentuk :-
Saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan sekiranya tuan/puan mempunyai sumbangan barang terpakai untuk disumbangkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Sumbangan bolehlah berbentuk :-
- Barangan elektrik (masih elok atau rosak)
- Bahan Bacaan - buku ilmiah/agama, majalah, surat khabar
- Pakaian yang masih elok (sekolah, kanak-kanak, orang dewasa, tudung, stokin)
- Barang plastik/kaca (bekas aiskrim, bekas tauhu panas, cawan free beli colgate, pinggan free beli axion, dll)
- Perabot terpakai (bersaiz kecil seperti kerusi, meja kopi)
Pihak Yayasan akan memproses barang-barang tersebut kepada wang tunai atau akan di agihkan terus kepada :-
- Golongan Fakir Miskin
- Golongan Ditimpa Bencana- Kebajikan Dan Dakwah
- Golongan Mualaf
Bagi Penyumbang di Sekitar Kuantan
Barang-barang yang dikumpul akan diambil dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Isnin hingga Ahad : jam 10.00 pagi - 6 petang). Sila Private Message untuk temujanji ambilan barang.
Bagi Penyumbang dari Johor Bahru
Barang-barang yang dikumpul akan diambil oleh saya dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi - 6.00 petang)
Bagi Penyumbang Luar Pahang
Barang-barang tersebut bolehlah diposkan kepada saya. (Sila Private Message untuk dapatkan alamat tersebut)
Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.yayasanamalpahang.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)