LAMA TERBUKU DI DALAM BUKU


Masya Allah...punyalah lama tak buka blog. Laman sesawang Hairepotter ni memang sudah penuh dengan sawang. Sejak-sejak ada muka buku ni, tertinggal terus Hairepotter. Janji tu tidaklah, tapi cuba sebaik mungkin untuk mengemas laman Hairepotter.

Saya cuba ye...

Ada Tanah Untuk Dipajak?

Salam,

Saya ingin memajak tanah seluas 5 ekar untuk projek ternakan disekitar Kuantan, Lepar atau Maran. Sila email lanjut saifulhaire@yahoo.com.

Terima kasih

AMAL : Ingin Menyumbang Barang Terpakai?

Salam,

Saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan sekiranya tuan/puan mempunyai sumbangan barang terpakai untuk disumbangkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Sumbangan bolehlah berbentuk :-
  • Barangan elektrik (masih elok atau rosak)
  • Bahan Bacaan - buku ilmiah/agama, majalah, surat khabar
  • Pakaian yang masih elok (sekolah, kanak-kanak, orang dewasa, tudung, stokin)
  • Barang plastik/kaca (bekas aiskrim, bekas tauhu panas, cawan free beli colgate, pinggan free beli axion, dll)
  • Perabot terpakai (bersaiz kecil seperti kerusi, meja kopi)

Pihak Yayasan akan memproses barang-barang tersebut kepada wang tunai atau akan di agihkan terus kepada :-

  • Golongan Fakir Miskin
  • Golongan Ditimpa Bencana- Kebajikan Dan Dakwah
  • Golongan Mualaf

Bagi Penyumbang di Sekitar Kuantan

Barang-barang yang dikumpul akan diambil dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Isnin hingga Ahad : jam 10.00 pagi - 6 petang). Sila Private Message untuk temujanji ambilan barang.

Bagi Penyumbang dari Johor Bahru

Barang-barang yang dikumpul akan diambil oleh saya dari rumah tuan/puan. Sila buat temujanji (Ambilan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi - 6.00 petang)

Bagi Penyumbang Luar Pahang

Barang-barang tersebut bolehlah diposkan kepada saya. (Sila Private Message untuk dapatkan alamat tersebut)

Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.yayasanamalpahang.com.