Kembali menulis...

Semalam separuh hari aku godeh blog aku ni. Dah bersarang dan bersemut. So touch up mana-mana yang patut. Dah banyak ketinggalan new features...so nak kena study balik. Thanks dorongan kengkawan yang sentiasa inginkan cerita dari aku. Well... kena start menceceh balik.


Harini ada audit dalaman 5S. Apa itu 5S? Setahun Sekali Sahaja Saya Susun...huhuhu.... itu adalah akronim dari orang orang yang malas menyusun mcm aku. 5S ialah aktiviti melibatkan sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal. Aktiviti sebenarnya amat bagus diamalkan kerana selaras dengan kehendak agama kita yang mementingkan kebersihan dalam semua aspek iaitu diri dan persekitaran. So.. kena hayati maksud yang terselindung disebalik konsep yang kononnya budaya Japanese. People said that. Tapi pada aku, orang Jepun ambik konsep orang Islam. Kita aje yang buat tak tahu *matilah aku kalau dtg Jepun.


Amacam? Kemas tak bilik aku sekarang...hehe...tapi tak boleh lawan bos...bilik dia lagi kusut masai sepah. Bos cakap, kalau kemas sangat mcm tak buat kija. Heheh..apa-apalah bos.
Ok..jap lagi aku nak buat audit ke jabatan lain. Bilik auditor musti kena bersih (waktu audit ajelah..)

Projek Tanaman

Salams... setiap minggu berulang alik ke kampung monitor projek yang bakal lahir. First babylah ni. Tanah aku beli dari makcik aku untuk aku usahakan dengan projek tanaman. Aku beli 2 ekar setengah. Insya-allah akan diusahakan dengan tanaman dragon fruits dengan cili. Sekarang tanah tu dah habis fasa clearing. Lepas ni pembakaran ... pastu start pulau. Pulau tu bahasa orang kebun..agaknyalah. Maksudnya, bajak kasi rata...kata cina tulah.

Ni keadaan tanah aku sebelum clearing. Nampak semak aje...tapi tunggul kayu banyak.. so clearing kena pakai escavator jugak.Dua mesin digunakan untuk permbersihan tanah. Dalam 10 hari tanah selesai di bersihkan. Insya-allah projek tanaman cili akan mula pada pertengahan bulan 7. Mudah-mudahan..berkat doa semua..

Project Mega....


This is my big project.....bak kata orang politician. PROJECT MEGA lah..kiranya... Inilah barisan lembaga pengarah yang akan berganding bahu menjayakan projek mega aku ni... me n my husband hehe.... Insya-allah this project akan mula pada this mid of May. Rancangnya pada early may...tapi dah nama pun rancang... musti ada yang sangkut punya. So....berkat doa semua, project ini akan dimulakanlah.... anything i will share with u later.