FERTIGASI SUDAH MENAMPAKKAN HASIL

Salams semua....nah ini dia. Ladang fertigasi ku sudah mengeluarkan hasil pertamanya iaitu cili. Pokok cili ini ditanam berselang seli dengan sayur kailan. Alhamdulilah....kailan sudah habis terjual di pasaran....sekarang tunggu cili untuk dipasarkan dalam masa seminggu dua ni. Permintaan untuk kailan juga amat menggalakkan... la ni dah abis dipetik dah kailan akak gitew...




Inilah pokok kailan... baka dari Hong Kong, tidak pahit, daun lebar. Bila ditimbang...sepokok dapat 200g.... 5 pokok dapat 1kg. Nanti upload lagi gambar...tak pun jengah-jengahlah fotopages akak...kat situ banyak sket gambar. Kalau kat blog ni asiklah kena block dengan admin....

LADANG FERTIGASI KU

Salams semua... ingat lagik tak projek mega yang aku dok khabarkan kepada kengkawan. Alhamdulilah, berkat doa semua...lahirlah satu projek pertanian yang menyahut seruan kerajaan 'Pertanian Adalah Perniagaan'. Projek ini aku dan suami ku lahirkan berkat dorongan dan doa dari ayahanda tercinta En Shafiee, bonda mertua Hajah Salmah, almarhum ayahanda mertua Hj Mohd Yusoff, adik beradik ku dan adik beradik suami ku, pakcik ku ...Uncle Joe yang bermurahati menaja penginapan kami sebelum siap rumah direpair... tidak ketinggalan kawan-kawan yang banyak bertanya tentang projek ini...mereka lagi tak sabar menunggu kelahirannya dari kami berdua..ahaks... Mudah-mudahan... cita-cita kami tercapai untuk menjadi jutawantani dengan menceburi bidang pertanian...*kena open table makanlah lepas neh.. matila aku. Tak kurang juga yang mengata...takpe..takpe....sat lagi duit aku dah berkepuk...



Gambar sebelah ni adalah kawasan rumah dan tanah peninggalan atuk aku yang akan aku majukan. Mulanya nak buat projek ni kat tanah yang aku beli, tapi memikirkan kos yang tinggi membuatkan aku fikir why not aku buat kat tanah dan repair rumah atuk ni. Dapat gak pahala. Itulah pakcik aku, Uncle Joe..aka.. Wak johari.. Pakcik aku banyak tolong aku sepanjang projek ni dimulakan. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.



Gambar sebelah ni pulak, rumah yang sama tetapi selepas di repair..comel tak? Pada aku cukup comel sebab kat tapak rumah tu aku membesar sebagai cucu kesayangan atuk aku... Overall costing aku repair siap dengan tambak tanah tu..dekat RM20k.. aku kena tambak tanah tu sebab nak digunakan untuk buat projek fertigasi aku. Projek fertigasi tu akan menelan belanja RM30k... modal yang besar, jadi aku kena siapkan tempat seelok mungkin... taknaklah buat kerja melepaskan batuk kahak di tangga.




Inilah gambaran awal projek fertigasi aku dan suami ku. Tu yang nampak kerangka tu adalah bangsal fertigasi. 10 bangsal semuanya, boleh memuatkan 1000 polybeg. Untuk tanaman cili ni, hanya 500 beg sahaja yang akan digunakan. Lagi 500 beg tu, boleh tanam kailan or karot... Dalam masa sebulan dah boleh pungut hasil... lepas ni i makan sayuran yang ditanam sendiri aje yachh..

Yang bergombang tu, hb ku..tengah memantau kerja pemasangan plastik UV. La ni dah siap dah pemasangannya. 4 hari aje dorang siapkan.


Well... aku dah rasa tak sabar nak balik kampung...nak tgk anak benih yang disemai hb aku. Cukup hari ke 20, anak benih akan dipindah ke polybeg. Itu masa.....aku mau cuti...

Ok...nanti aku update ceritanya ladang fertigasi ku lagik yachh.....

Kembali menulis...

Semalam separuh hari aku godeh blog aku ni. Dah bersarang dan bersemut. So touch up mana-mana yang patut. Dah banyak ketinggalan new features...so nak kena study balik. Thanks dorongan kengkawan yang sentiasa inginkan cerita dari aku. Well... kena start menceceh balik.


Harini ada audit dalaman 5S. Apa itu 5S? Setahun Sekali Sahaja Saya Susun...huhuhu.... itu adalah akronim dari orang orang yang malas menyusun mcm aku. 5S ialah aktiviti melibatkan sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal. Aktiviti sebenarnya amat bagus diamalkan kerana selaras dengan kehendak agama kita yang mementingkan kebersihan dalam semua aspek iaitu diri dan persekitaran. So.. kena hayati maksud yang terselindung disebalik konsep yang kononnya budaya Japanese. People said that. Tapi pada aku, orang Jepun ambik konsep orang Islam. Kita aje yang buat tak tahu *matilah aku kalau dtg Jepun.


Amacam? Kemas tak bilik aku sekarang...hehe...tapi tak boleh lawan bos...bilik dia lagi kusut masai sepah. Bos cakap, kalau kemas sangat mcm tak buat kija. Heheh..apa-apalah bos.
Ok..jap lagi aku nak buat audit ke jabatan lain. Bilik auditor musti kena bersih (waktu audit ajelah..)