RENUNGAN BERSAMA : Mengapa Orang Yahudi Bijak

Sekadar renungan untuk kita fikirkan bersama dan dijadikan panduan agar menghasilkan keturunan yang bijak-bijak juga :)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik 
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab 
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk 
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya 
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, 
pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan 
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa 
kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan 
korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. 
Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan 
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin 
dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi 
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya 
akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ý perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, 
menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk 
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California 
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya 
memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke 
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. 
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

HASIL TANAMAN FERTIGASI

Salam, inilah hasil tanaman yang diusahakan dari mula sehingga akhir tahun lepas. Hasil tanaman sayuran menggunakan teknik fertigasi. Ada banyak lagi hasil seperti kacang panjang, kacang buncis, jagung manis yang tidak dapat dipaparkan gambarnya disini. Insya-allah, e-book fertigasi akan diterbitkan sedikit masa lagi dan dijual pada harga yang berpatutan. Bolehlah membantu rakan-rakan (tidak semestinya petani) untuk mencuba tanaman sayuran dirumah samada menggunakan teknik fertigasi atau tidak. Tanam sayur sendiri dan makan sendiri...dijamin halal dan bersih dari racun ....insya-allah....




MANA KORANG?

Tiba-tiba aku terkenangkan cikgu –cikgu dan kawan-kawan aku dari aku mula bersekolah …. Aku cuba flash back….

Cikgu-cikgu aku :

1. Cikgu Malek – Guru Besar aku. Dia yang cungkil bakat tarian aku. Masa tu dia ajak aku bersilat. Aku pun hantam ajelah bunga bunga silat (pengaruh tv kuat dah masa tuh). Dia terus agree aku masuk team tarian. First job aku...aku kena silat pulut masa hari terbuka sekolah...masa tu mana tahu malu beb...
2. Cikgu Ng – Guru kelas aku… dia duduk kat Singapore tapi mengajar kat Ulu Tiram...jauh tu ... Bawak kete Datsun. Dia ajar Bahasa Malaysia. Respek beb…cikgu Cina ajar aku Bahasa Malaysia.
3. Cikgu Valengish – Guru Bahasa Inggeris aku. Dia ni g keje sekali dengan Cikgu Ng. Suara dia kuat.....kalau marah budak...ayoyoyo...
4. Cikgu Michael – Guru Bahasa Inggeris kedua. Dia ni pun g keje sekali dengan Cikgu Ng. Dia ni pun garang....anak murid nak lalu depan dia pun takut... kalau dia tengok orang.....siap ketap ketap gigi... sekarang aku tahu...dia acah aje tuh
5. Cikgu Bala – Cikgu Bahasa Inggeris juga. Dahi dia selalu ada bedak putih...jalan suka bawak payung hitam. Dia g sekolah naik bas Alex Bus aje... (bas awam a.k.a bas tingting)
6. Cikgu Subakhir – Cikgu Pendidikan Islam aku...cikgu ni suka kentutkan orang...hahah..member aku selalu kena kentut dengan cikgu ni...ahaks.. cikgu ni dia tak berani kentutkan aku sebab dia jiran aku. Kalau dia kentut...aku report dengan bapak aku...hahah.
7. Cikgu Zahir – Cikgu muzik aku. Dia tak pernah ingat nama aku. Dia selalu panggil aku arab... tang mana yang arab tu tak tahulah aku.
8. Cikgu Jamal – Cikgu Alam & Manusia. Garang giler....dari dialah aku belajar perkataan Olimpiad. Huhu..
9. Cikgu Zainab – Cikgu tarian aku. Dari dialah aku pandai tarian zapin, tarian joget...dan macam macamlah lagilah...asal ada pertunjukkan aje...aku kena buat show...
10. Cikgu Kamisah – Cikgu Bahasa Malaysia Darjah 4 Orkid. Dia ni tak kawin sampai sekarang. Garang giler...tapi last berita aku dengar...dia ambik kursus ajar budak budak Orang Kurang Upaya ... aku confuse jugak... camne segarang-garang dia boleh sabar ajar OKU?
11. Cikgu Lim – Cikgu Matematik. Tinggi lampai cikgu ni....Dia kawin dengan tauke Pasaraya Loh. Kaya raya cikgu ni....hehehe.
12. Cikgu Azmi – Cikgu ni tak ajar aku...tapi aku selalu jumpa dia sebab suka tengok dia buat tulisan khat untuk ditulis pada sijil.


1983 – 1989 Darjah 1 – 6 Orkid, Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

1. Junaidah (June) – Dia ni Ketua Kelas aku. Kakak dia yang darjah 4 tu selalu paw duit aku. Hahaha….antara best friend aku masa darjah satu. Satu group tarian dengan aku…tapi aku selalu temper dengan dia sebab kalau menari selalu aku jadi lelaki..dia jadi perempuan…tak aci betul.
2. Jalisah (Jali) – Kali terakhir aku dengar berita dia….dia sakit sampai hilang ingatan. Kalau aku call dia...dia tanya aku sape...kalau aku tak call dia....dia kata aku sombong.. semoga member aku ni sihat seperti sediakala.
3. Siti Zulainies – Antara kawan aku yang cun dan menjadi kegilaan ramai. Mak dia orang singapore...selalu eksyen dengan aku dengan stationery dan klip rambut yang dia beli kat singapore...
4. Rohaizat (Ijat) – Ijat ni best friend Jali...apa-apa rahsia...dia cita dua orang aje...tak mau cita kat aku pun... tapi Ijat memang besh...
5. Edina – Dia ni anak pengurus ladang...lawa ..tapi gigi rongak. Kerek sikit dia ni sebab gi sekolah mak dia hantar-ambik...siap ada anak kucing dalam kete... yelah...aku g sekolah naik van sekolah aje...
6. Mohd Wafi – Dia ni best friend Edina... apa apa hal dia share rahsia berdua. Darjah satu dah bercinta...ahaks...kelakau betul.
7. Saiful – Dia ni paling pailang kat kelas aku... melompat sana...melompat sini... kerana dia...hidung aku bengkok kena kon kayu Pendidikan Jasmani (PJ)
8. Haslina – Dia ni penolong kelas aku ... Dia ni terror main getah zero thousand dengan zero point. Kalau kitaorang main getah tu... sure ambik dia masuk group kitorang...confirm menang.
9. Roshidah – Dia ni best friend dengan haslina. Gemuk sikit...selalu kena buli.
10. Budak miskin – Aku lupa nama dia sape...tapi dia ni budak miskin. Macamana aku tahu dia miskin? Sebab baju gaun sekolah yang dia pakai paling singkat paras kasut dan baju dia bertampal. Aku selalu bagi dia duit sebab dia takde duit nak makan. Satu hari kantol dengan bapak aku sebab aku minta bapak aku RM5 untuk beli pengorek (pengasah pensel). Bapak aku cakap ”Mana ada pengorek harga RM5? Kau bagi orang yer duit ni?”
11. Kavitha – Rambut dia panjang dan gigi dia jongang. Budak budak selalu tarik rambut Kavitha. Then dia pakai brachet untuk mengurangkan kejongangan gigi dia. Tapikan Kavitha...kau nampak lebih cantik masa gigi kau jongang dulu...betulll.....
12. Naga – Naga ni penakut na’uzubillah. Pergi bilik air pun nak berteman. Lepas tu selalu nangis. Aku pun tak paham...
13. Normala – Dia ni terencat sikit...anak askar Iban duduk kat Kem Pulada. Kat mana dia sekarang...
14. Shahrudin Tembol – Budak budak selalu buli dia sebab nama bapak dia unik sikit. Dia ni selalu pakai songkok...tak tinggal dengan songkok.
15. Rashid Jakariah – Budak ni pernah meluahkan isi hati dia kat aku...alamakk... tapi aku tak minat dengan dia ni.
16. Faizal – Dia ni bes friend Rashid.
17. Hamizan – Dia ni tomboi.... tapi masih nak pakai baju kurung. Gaya tomboi dia memang kelas.
18. Seri Latha – Aku selalu gaduh dengan dia sebab dia selalu tanya mana tuhan aku. Alamakkk...masa tu jawap pun berterabur... hehe...
19. Kamal Haire & Kamal Affendi – Kembar seiras ni...ntah mana satu Haire..mana satu Affendi pun aku tak tahu. Yang aku tahu bila aku panggil dorang datang.
20. Azmir – Konon konon couple dengan Siti Zulainies (No 3). Sebab sama cantik….sama padan.
21. Norliza – Dia ni badan besar sikit. Ikut baka emak dia... Dia tak banyak kawan...sebab dia ni kasar orangnya.
22. Wati– Dia ni pun kasar juga orangnya ajak bergaduh memang terror...tapi otak dia best. Gigi ada jongang sikit. Tapi kepala memang true...heheh...anak askarlah katakan.
23. Ramlah – Pendiam sikit dia ni. So tak berapa ingat sangat karektor dia.