Soh La Li

Minggu lepas...tengkuk aku sakit betul. Tak jadi kerja..sakit kepala, kepala tak boleh toleh...leher sakit. Sakit dia sampai tangkap kat tulang belikat belakang nih..pergh.. sakit apa aku nih? 5 hari aku menanggung sakit ni. Kena pulak 2 hari sebelum raya. Malam raya, gagah jugalah bangun...masak nasi impit, ayam masak merah, sambal goreng n sayur lodeh utk suamiku. Suamiku kata, tak payah masak kalau dah sakit tu. Tapi aku gagahkan jugak masak...abis..takkan nak makan roti gardenia ngan air milo pepagi raya tu.

Tak boleh tahan... 5 hari tak nyenyak tidur tahan sakit kepala. Pergi keje pun..time off petang...tak larat.. rasa nak pengsan pun ada. Petang Khamis tu jugak, aku pergi jumpa Soh La Li, pakar urat saraf kat Pekan. Aku panggil Uncle..sebab dah tua. Aku pernah pergi tempat Uncle ni dah 2 kali. Tapi dulu sakit belah pinggang belakang. Ni nak cuba belah tengkuk pulak.

Alhamdulilah, Uncle ada kat rumah. Sekali tekan aje kat tengkuk aku n sekali tekan kat pinggang aku...settle sakit kepala..settle sakit pinggang...settle sakit tengkuk. Uncle tu kata aku salah tidur...suka tidur duduk kat sofa...Memang...sepanjang minggu lepas, balik keje....aku terlelap kat sofa...letih sangat. Inilah akibatnya...ambik mudah posisi tido. Last-last sendiri rasa!

Kuasa Allah swt, orang bukan Islam dianugerahkan kepandaian mengubat sakit saraf. Dahlah tu...bayaran terpulang nak kasi berapa. Ikhlas katanya..... alhamdulilah...segala kerja boleh dilaksanakan...segala kesakitan dapat dipulihkan... Alhamdulilah.. lepas ni..tobat... tidur kena baring betu-betul, kalau tak terkehel tengkuk nanti...

No comments: