Bandung Hari Kedua

Pagi hari kedua di Bandung, kami sarapan di warong makan lontong Cicendo. Warong ini menjual lontong kari dengan kupat tahu. Lontong kari tu kalau di Malaysia ialah lontong dan kupat tahu tu kalau di Malaysia ialah lontong kering. What a nice taste, masakan orang kampung...sambal kacang dia yang paling sedap. Sambal kacang bubuh kicap manis. 
Perjalanan diteruskan ke Gunung Tangkuban Perahu. Gunung berapi aktif yang boleh dikunjungi hingga ke puncaknya. Katanya kali terakhir meletus pada tahun 1969. Sampai disini, ada bauan yang kurang menyenangkan sikit kerana bau sulfur yang sangat kuat. Tetapi dalam 5 - 10 minit, rasa kurang menyenangkan itu sedikit demi sedikit menghilang kerana hidung sudah serasi dengan bau itu. Bau nya lebih kurang macam bau telur tembelang sikitlah.. Gunung ni dikategorikan gunung sebagai tidur kerana tiada lahar yang dikeluarkan tetapi masih dipantau keadaannya. Jika kawah gunung ini tidak menerima hujan selama 7 bulan, tempat ini ditutup untuk kunjungan orang ramai. Pemerintah disitu akan melakukan hujan tiruan untuk kawah gunung berapi itu. Ianya bertujuan untuk mengawal tahap kepanasan gunung dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.
Belakang kami tu ialah kawah gunung berapi tersebut. Suasana di atas gunung ini nyaman dan sejuk, cuma bau sulfur kuat sedikit. Yang dok nampak sesayup kat gambar di bawah ni pun, adalah gunung berapi juga di dalam daerah yang sama. Kat sana banyak betul gunung berapi.

Perjalanan diteruskan ke Pasar Baru..tempat membeli belah sama seperti di Tanah Abang Jakarta. Kami beli yang penting-penting kiriman orang aje. Kami terus menuju ke Rumah Mode untuk menyambung shoping agenda kami. Rumah Mode ni mengumpulkan pelbagai jenis barangan berjenama dan amat murah jika dibandingkan di Malaysia. Berbaloi lah kalau membeli. Contoh baju blous Esprit dijual Rp89,000 (Rm30) tetapi di Malaysia Esprit Outlet menjual Rm89.00. Begitu juga dengan jeans dijual Rp169,000 (Rm58) tetapi di Malaysia dijual dengan harga Rm169.00. 

Kemudian kami terus ke Kedai Kek Kartika Sari untuk memborong kek coklat brownies untuk ole-ole keluarga. Hati-hati membeli kek di sini, ada kek yang dilabelkan dengan rum. Seterusnya agenda shopping diteruskan dengan acara memborong CD ori...murah gile kalau dibandingkan dengan Malaysia. Satu yang aku kagum, mereka di sana menyanjung tinggi celebriti, jadi mereka tidak menyokong aktiviti cetak rompak. Tambahan pula, harga CD ori di sana murah dan mampu dibeli oleh peminat. So aku borong lah CD artis Indonesia kerana harganya memang murah dibandingkan di Malaysia. Sebagai contoh CD Band Ungu dijual dengan harga Rp39,000 (Rm13). So...berbaloi beli di sana.

Ok kos yang terlibat hari ini :
  • Shopping @ Pasar Baru : Rp400,000 (Rm140)
  • Kek Kartika Sari : Rp300,000 (Rm120)
  • Shopping @ Rumah Mode : Rp990,900 (Rm340)
  • Penginapan @ Hotel Progo : Rp300,000 (Rm110)
  • Sewa mobil : Rp400,000 (Rm140)
  • CD Music : Rp185000 (Rm68) 
Ok, dats all for today. Lepas ni sambung ke trip yang lain pula. Next trip aku ke Bali Indonesia. 

Bandung Hari Pertama

Sebelum mula perjalanan, pergi breakfast dulu di hotel. Macam biasa pekena menu simple aje...buah, mee hoon goreng, daging goreng, telur separuh masak dan air juice oren. Tetap simple kan? Ambil taksi, terus menuju ke Stasiun Gambir untuk meneruskan perjalanan ke Bandung. Sampai di stasiun, ramai potter offer untuk angkat barang...tapi macam biasalah dibayarin dong upahnya. Tapi bagus juga pakai potter ni, takdelah kita tercangak-cangak nak ke ke Jalur mana. Jalur ni kira macam platformlah. Platform 1, Platform 2 tapi dorang panggil Jalur 1, Jalur 2. 
Beg dan isi beg dalam gambar tu, aku beli kat Tanah Abang (TA). Nasib baik ada potter yang diupah untuk angkatkan barang-barang kami. Ini baru barangan dari Jakarta, belum lagi Bandung. Bukan salah kami, dorang tu yang jual murah... 

Keretapi kami bertolak tepat jam 9.10 pagi, meneruskan perjalanan ke Bandung. Akan mengambil masa 3 jam. Tak banyak yang aku buat dalam train selain dari ambil gambar pemandangan. Tapi cuaca pulak tak mengizinkan, hujan. Tapi suami ku dengan member aku yang lagi sorang tu, siap kawtim dengan penjaga gerabak. Belanja minum ..sembang sembang.. dapat ambik gambar dari gerabak yang last. Patutnya dorang ni kena beli tiket keretapi berdiri. Sebab tak duduk kat seat, sibuk ambik gambar. Gasaklah.

Sampai di Bandung tepat jam 12.10 tengahari. Terus menuju ke supir kami Dedi yang sedang menunggu untuk membawa kami ke hotel untuk urusan check in. Tak book lagi pun hotel kat Bandung ni, main redah aje. Dapatlah menginap di Hotel Progo. Sebut baik-baik ye kawan-kawan. Salah sebut naya....

Sebelum check in, kami makan tengahari dulu di Rumoh Makan Raja Melayu. Rumah makan ini menyediakan masakan Sunda juga, pun sedap dimakan .. yang best dapat makan sambal ganja. Serius....diadun dengan daun ganja. Member aku siap minta lebih daun ganja tu, tapi tak dibenarkan. Rasa daun ganja ni macam daun limau aje. Lagipun aku mana pernah rasa ganja kan... Makan ajelah.

Selesai makan, kami check in, bersihkan diri dan terus ke Toko Tiga untuk tengok tengok apa yang boleh dibeli. Disitu aku beli jaket untuk boss aku (kena beli...kalau tak kena cancel cuti...naya) beli tshirt untuk adik aku, abang ipar. Then kami gerak ke Factory Outlet (FO) di depan Merdeka Mall. FO kat sini lebih kurang mcm FO kat tempat kitalah. Cuma kat tempat dorang jual really rejected branded..tak macam FO kita. Tak jumpa yang branded pun. Siap dikerat tag baju adalah.

Malam kami dinner kat Warong Makan Cilaki ...juga sebut betul-betul kawan kawan... salah sebut...serabut pala. Kalau tengok tempat mcm tak selera nak makan. Tapi rasa masakan....sungguh superb. Yang masak tu budak umur 14 tahun. 

Ok, kos yang terlibat harini ialah :
  • Taksi hotel ke Stasiun Gambir : Rp15,000 (Rm5)
  • Potter : Rp50,000 (Rm18)
  • Sewa mobil hari pertama : Rp400,000 (Rm140)
  • Lunch @ Rumoh Makan Raja Melayu : Rp180,000 (Rm62)
  • Hotel Progo : Rp365,000 (Rm130)
  • Toko Tiga : Rp551,000 (Rm190)
  • Factory Outlet : Rp800,000 (Rm280)
  • Dinner @ Warong Makan Cilaki : Rp340,000 (Rm135)
Dats all for today. Gambar menyusul kemudian. 

Gambar gambar di Bandung

Gambar Ke 2

Jakarta Hari Ke 2

Pagi di Jakarta disedarkan dengan bunyi deruan kenderaan bermotor. Jam 5.30 pagi waktu Indonesia. I wonder where this people came from? Dorang ni tak tido ke? Semalam aku nak tido, masih banyak lagi kenderaan ... ni bangun tido... masih banyak lagi kenderaan...hem...

Dimulakan harini ni dengan menikmati sarapan. Nasi kuning dengan ayam rempah... aku tanya nasi kuning tu apa...dorang bilang nasi ni dimasak dengan meletakkan santan sikit. Yang aku tahu nasi bersantan ni nasi lemak...alih... bila rasa...macam nasi goreng aje... makan ajelah. Simple breakfast aje hadap pagi ni.... buah, nasi kuning, ayam rempah, cereal, telur separuh masak dan segelas air masak. Simple ajekan...hehe...

Destinasi pertama kami harini pergi beli tiket KA (keretapi) ke Bandung.
So kami terus menaiki taksi Blue Bird menuju ke Stasiun Gambir. Aku dinasihatkan supaya mengambil taksi yang bermeter antaranya Blue Bird atau Silver Bird. Aku juga disarankan untuk bertanya dulu dengan supir sebelum menaiki taksi samada taksi ni bermeter atau tidak bermeter. Bukan apa, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Maklumlah kita ni datang kat tempat orang.

Taksi terus menuju ke Stasiun Gambir, sampai terus beli tiket KA untuk perjalanan ke Bandung esok. Beb, nak beli tiket kena isi borang tau. Hampeh betul...dah beratur dengan suku kilometer... dan sampai depan kaunter...dengan selamba aku order "Kak, tiket ke Bandung 3 keping" Slow aje kakak kat kaunter kasi tau..."pakei borang ya kalo mau beli teket".

Slow aje keluar barisan pergi tulis borang... Ambil borang dan penuhkan maklumat "Nama Pembeli, Nama KA, Bilangan Penumpang, Kelas, Masa bertolak". Selesai pembelian tiket keretapi ke Bandung. Kami akan menaiki keretapi AgroGede Kelas Eksekutif. Bertolak jam 9.10 pagi. Dijangka sampai di Bandung jam 12.10 tengahari. Perjalanan selama 3 jam.

Perjalanan seterusnya menuju ke Tanah Abang. Hajat datang ke Jakarta-Bandung ni memang nak shopping...so atas nasihat kawan..aku terus ke Tanah Abang. Tu dia..... aku kira 4 tingkat...rupanya 8 tingkat. Baru blok A....belum tengok blok B. Mak aii... lumayan besar... Aku tak larat nak abiskan semua. Setiap lantai (kita panggil tingkat) menjual pelbagai jenis barang. Lantai satu sampai lantai 3 ..jual blous, jaket, kaos (seluar), tudung, suite, telekung, jubah. Lantai 4 jual tas tangan dan beg. Lantai 5 - lantai 8 baju kanak-kanak, kasut, kain pasang, peralatan kawin. Isk... tak dapat nak disenaraikan.


Pengabisnya...aku beli 2 beg yang diisi dengan barang barang yang aku borong di Tanah Abang. Puas hati aku.... Sesi memborong abis jam 4.00 petang. Terus balik ke hotel...solat, mandi dan relaks jap. Then turun semula untuk menikmati dinner. Oleh kerana kami tak lunch harini, so kami akan dinner sepuas-puasnya.... hehe. Kami dinner di Rumah Makan Bumbu Desa Jalan Cikini. Kat sini dorang jual masakan Sunda. Serius sedap....

So perbelanjaan harini :

  • Taksi hotel ke Tanah Abang : Rp24,500 (RM8.50)
  • Hotel Alia Cikini : Rp450,000 (RM155)
  • Shooping di Tanah Abang : Rp2.3 juta (RM800)
  • Dinner @ Bumbu Desa : Rp226,000 (RM78)
  • Keretapi ke Bandung : Rp50,000 (RM18)
  • Taksi Tanah Abang ke hotel : Rp15,000 (RM5)
  • Minum Teh Sosro : Rp12,000 (RM4)

Dats all untuk hari ke 2.

Jakarta - Hari Pertama


Perjalanan kami dimulakan dengan niat musafir dan doa kepadaNya agar trip kali ini dipermudahkan urusan kami, dipertemukan dengan orang yang baik-baik yang boleh membantu dan pelihara keselamatan kami bertiga.

Airasia pilihan kami untuk membawa kami ke Jakarta. Tepat jam 3.55 ptg, pesawat kami pun membelah angkasa untuk meneruskan perjalanannya untuk 2 jam yang berikutnya. Dijangka sampai di Bandara Sukarno Hatta pada jam 4.55 petang. Untuk pengetahuan anda semua, waktu di Indonesia lewat sejam dari Malaysia. So, jangan ada yang coba coba nak solat Subuh jam 6.00 pagi waktu Indonesia! Waktu tu orang Indonesia sudah pergi jogging tau...

Touch down jam 5.55 petang atau sebenarnya jam 6.55 petang waktu Malaysia..terus kami mengambil Limo Airport untuk membawa kami ke hotel kami. Syukur kami berjumpa dengan pemandu limo yang sanggup melayan karenah kami. Apa taknya, kami belum tempah hotel pun... pemandu limo yang bernama Nursia atau Nur membawa kami menjengah beberapa hotel untuk bertanyakan rate yang bersesuaian dengan bajet kami...ihiks. So, at least dapatlah kami menginap di Hotel Alia Cikini berhadapan dengan Taman Iskandar Marzuki (TIM).

Check in..ambil bilik suite.. then g dinner...laper banget. Kami dinner di The Gallery Cafe...tertarik dengan menunya "Bebek Ngamuk" Fuihh..ngamuk tu maksudnya..super duper pedas tahap dewa. Orang yang tahan pedas pun boleh ngamuk...hehe...

Untuk harini kos yang terlibat :
  1. Limo Airport Rp315,000 OR RM108 dari Airport ke Jakarta Pusat. Tapi dorang pulangkan Rp100,000 sebab lokasi yang kita pergi tak sampai pun Rp315,000...so dorang pulangkan. What the surprise.... sebab jujur sangat.... pstt.... rasa kalau kat malaysia.... jangan haraplah nak pulangkan balik...rejekiii....
  2. Dinner @ The Gallery Cafe Rp233,310 OR RM78 (Bahagi tiga sorang kena bayar RM26)
  3. Hotel Alia Cikini Rp450,000 OR RM155 semalam

Dats all for day 1.......

Kirim Barang

"Kau nak g Jakarta kan?Aku kirim bole? Suit perempuan 3 pasang saiz S. Kau balik karang aku bayo"
"Nanti belikan saya blazer saiz XL. Cari kaler hitam berjalur, kalau cantik beli dua tau. Tak belikan, cuti awak saya cancel"
"Sampai Bandung, belikan abang kemeja putih saiz XL. Balik karang abang bayo"
"Kalau ada blous yang cantik-cantik, belikan ye. Lawa kat mata kau, lawaalah kat mata aku. Kau naik duit sekarang ke? Balik karanglah aku bayo ye"
"Ada tudung Ekin yang baru...lekat pakai batu swaroski. Kalau murah belikan satu, balik karang Along bayo"
"Akak... nanti belikan kita baju tido ye.. sayang akak.."

Bala. Barang aku pun tak lepas beli lagi. Dah berbaris kiriman orang. Sampai sana confirm aku tukar sim kad indon.

Soh La Li Dah Mati

"Allo rumah Soh La Li?"
"Yes.."
"Harini Uncle Soh La Li ada rumah tak anty? Saya mau datang ini petang..saya punya pinggang manyak sakit"
"Sorry aa miss, Uncle Soh La Li dah mati. Kita takda ubat orang lagi.."
"Innalilah.."


Tukar Duit

"Berapa rate Rupiah dengan Ringgit Malaysia?"
"Singgit malaysia, 2900 rupiah. Berapa mau tukar?"
"Tiga ribu ada?"
"Mesti ada..ini kan money changer.. Tiga ribu tukar, awak dapat 8.7 juta. Mau?"
"Ok.. bagi duit halus .."
"Paling halus 50 ribu.. lain semua 100 ribu.."
"Ok"

Makcik kayo!