TIOMAN HOPIING

Salams.... aku kembali lagi ..kali ni story mory tentang holiday aku ke Tioman Island. First time g sana ni, masa holiday chinese new year. Overall komen....seronot, hepi, enjoy dan yang paling best...aku dah pandai snorkellin.. muahahaha. Tulah detik yg paling mendebarkan..aku berjaya mengatasi rasa ketakutan aku terhadap air laut. Sebab aku dok imagine kalau aku mandi laut...tiba tiba timbul sesuatu dari bawah dan ngappp tarik aku ke dasar laut. Tapi alhamdulilah..ketakutan itu telah dapat diatasi dengan jayanya..

First day..naik feri jam 6.30 am. Punyalah ramai orang nak masuk pulau almaklum cuti panjang. Feri start bertolak jam 7.00 am. Sepanjang dlm feri aku membuta. Sebab naik feri 2j 30 m. Nothing u can do unless sleeping n sleeping n sleeping..zzz.. Dari jauh dah nampak tioman island..cantik..laut menghijau.. sampai di Jeti Kg Tekek jam 9.30 am, terus check in...baring baring dulu..lepas zohor bermula xtvt. Menaiki pacuan 4 roda (4WD) ke Kg Juara..adui mak.. terkangkang-kangkang aku dlm 4WD tu..almaklum off-road punya jalan. Jalan-jalan..lepak-lepak aje

Second day.. ni yg best..Island Hoping snorkelling all day..dari jam 9.00 am sampai 4 ptg. Kembang tangan aku asyik berendam dlm air. Just to remind..kalau g snork..jangan lupa bawak roti..parking boat aje..korang kena campak roti. Berdesup desup ikan makan roti ..perghh.. cantik cantik ikangnya.. Tp ada yg tak best..ada satu budak perempuan dlm boat aku tu, asal bot parking aje dia akan buekkk...buekkk... merah ada, hijau ada.. warna logo KUKTEM pun ada. Ikan ikan pun apa lagi... sedap sedap mentah kedarah bahan buangan budak tu. aisey potong stim betul. Kalau nak snorkeling..kena kasi budak tu muntah dulu..kalau tak...dengan aku dan laki aku sekali bergelumang dengan "tumpahan minyak mentah" tuh. Semua sekali ada 6 tempat aku snorkeling. Coral cantik cantik beb..superb! Sayang tak dpt ambik gambar dlm air...kamera tak water proof..

Third day..balik dah..feri balik jam 10.30 am. Sampai Jeti Mersing jam 1.00 ptg.

Tips dari aku kalau korang nak ke pulau especially tioman
a) don't ever drink ice water sepanjang korang berada di pulau. Kalau tak korang akan sakit kepala sebab cuaca kat pulau tersangat panas....kalau korang minum ice..boleh meletup kepala korang! Bila dah sakit kepala...no xtvt can be done...so useless pergi pulau.
b) jangan naik speed boat. sebab mana-mana org yg aku tanya naik speedboat..confirm buekkk buekk... so nak selamat..naik feri.. kalau korang naik speedboat...kalau korang buekk buekk.. no xtvt can be done...dpt mabuk free
c) makanlah pil tahan mabuk setiap kali naik bot.. tak rugi apa-apa kalau makan. Sepapan baru RM4.. ada 10 biji. Confirm tak mabuk..so hepi aje buat xtvt.
d) bawak duit banyak banyak. Kengkadang ada xtvt yg tak di duga yg korang nak buat. So..kalau bawak duit ngam ngam...ditakuti korang akan nganga aje bila kengkawan buat xtvt tambahan tersebut.
e) tak payah beli surveniour kat pulau..mahal! baik beli kat jeti aje...

Ok....lepas ni aku nak ke Redang Island pulak...sesape yg nak join...bolehlah hantar nama..kita konvoi ramai ramai g berkubang kat Redang....chaw!

Soh La Li

Minggu lepas...tengkuk aku sakit betul. Tak jadi kerja..sakit kepala, kepala tak boleh toleh...leher sakit. Sakit dia sampai tangkap kat tulang belikat belakang nih..pergh.. sakit apa aku nih? 5 hari aku menanggung sakit ni. Kena pulak 2 hari sebelum raya. Malam raya, gagah jugalah bangun...masak nasi impit, ayam masak merah, sambal goreng n sayur lodeh utk suamiku. Suamiku kata, tak payah masak kalau dah sakit tu. Tapi aku gagahkan jugak masak...abis..takkan nak makan roti gardenia ngan air milo pepagi raya tu.

Tak boleh tahan... 5 hari tak nyenyak tidur tahan sakit kepala. Pergi keje pun..time off petang...tak larat.. rasa nak pengsan pun ada. Petang Khamis tu jugak, aku pergi jumpa Soh La Li, pakar urat saraf kat Pekan. Aku panggil Uncle..sebab dah tua. Aku pernah pergi tempat Uncle ni dah 2 kali. Tapi dulu sakit belah pinggang belakang. Ni nak cuba belah tengkuk pulak.

Alhamdulilah, Uncle ada kat rumah. Sekali tekan aje kat tengkuk aku n sekali tekan kat pinggang aku...settle sakit kepala..settle sakit pinggang...settle sakit tengkuk. Uncle tu kata aku salah tidur...suka tidur duduk kat sofa...Memang...sepanjang minggu lepas, balik keje....aku terlelap kat sofa...letih sangat. Inilah akibatnya...ambik mudah posisi tido. Last-last sendiri rasa!

Kuasa Allah swt, orang bukan Islam dianugerahkan kepandaian mengubat sakit saraf. Dahlah tu...bayaran terpulang nak kasi berapa. Ikhlas katanya..... alhamdulilah...segala kerja boleh dilaksanakan...segala kesakitan dapat dipulihkan... Alhamdulilah.. lepas ni..tobat... tidur kena baring betu-betul, kalau tak terkehel tengkuk nanti...

Noudi 2

Salams...sebelum baca Noudi 2 ni kenalah baca Noudi 1 dulu kat blog Imang.. Alkisahnya....aku balik kampung ...kawin adik aku. Sampai rumah aje, abah aku suruh aku pasang kipas angin. Pasang kipas?!?! ..bayangan Noudi menjelma. Aku dok terpikir, kalau kipas kena pasang nih, sure kipas cop Noudi yang macam Imang beli tuh. "Abah beli kipas angin kat Giant. Murah harganya. Ko tolong pasangkan, budak Giant kata senang aje pasangnya". Tengok kotak cop Noudi. Dah berdebar dah.... fikiran melayang teringatkan kipas Imang. Aku bukak kotak kipas tu, bende pertama yang aku cari platform tanah liat dia tu. CONPROM!!! (*Comprom tu adalah lebih teruk sifatnya dari Confirm) Kipas tu sebijik seketul mcm kipas yang Imang beli. Aku awal-awal lagi dah give up nak pasang. Conprom ada tanah liat, besi sejengkal dengan tiang bodo.. Maleh nak pasang, buat angin satu badan aje. "Abah beli kipas lain ajelah, kipas ni buang aje.. susah nak pasang. Kawan kita ada beli seketul, dengornya projek pemasangannya terbengkalai" "Iye? Abah pun try nak pasang haritu, nasib baik tak pecah tanah liat tu abah hempas...susah yang amat!!" Hai...kipas Noudi punya pasal...sampai ke Johor Bahru cerita dia. Kawan-kawan yang rajin-rajin pergi ke Giant tu, cuba jenguk-jenguk kipas Noudi tu dan cuba- cubalah beli. Lepas tu balik rumah, kumpulkan ahli keluarga, sama-sama pasang kipas tu..sesuai buat aktiviti keluarga..hehe..caucincau...